Tuesday, December 25, 2012

My Untold Story - Prolog

Hujan yang lebat membasahi permukaan tanah yang diselaputi simen. Tempat kebiasaan di mana berlangsungnya perhimpunan pagi setiap hari kecuali di hari sabtu dan ahad.

Waktu tengahari dengan cuaca yang cerah sebelum ini, menjadi gelap gelita dan ditemani oleh awan nimbus. Gelagat budak-budak yang berpakaian putih sibuk berlari mencari tempat lindungan. 

Yang tinggal hanyalah dia sahaja, termenung tanpa menghiraukan titisan air hujan. Air hujan yang menjadi penemannya kini, walaupun membasahkan baju dan seluarnya.

Fikirannya hanya tertumpu dengan apa yang dilihatnya tadi. Tak percaya pada mulanya, tapi dia terpaksa menelan jua kepahitan yang tak pernah disangkanya.

"I minta maaf. I suka berkawan dengan u, tapi tak lebih dari itu.. I tak suka berboyfriend " ayat yang diungkapkan kepadanya awal minggu ni.

Namun apa yang dilihatnya tadi jelas lain dari apa yang didengarinya. Perlakuan manis dan berdua-duaan bercampur gelak ketawa menggambarkan suasana yang berbeza.
Kasih yang ditagih daripadanya kini hanyalah suatu impian yang berkecai, hancur begitu sahaja.

Air matanya mengalir begitu sahaja tanpa dia sedari, bercampur dengan titisan hujan sedia ada...

No comments: