Tuesday, December 25, 2012

Hilangnya Aku - Prolog


Prolog

Kereta Alza berwarna kelabu itu bergerak menaiki bukit itu dengan kelajuan sederhana. Jalan yang berbukit bukau dan dikelilingi oleh persekitaran hutan itu mengambil masa 30 minit sebelum sampainya destinati kereta itu.

Jam yang terpapar di dashboard kereta itu menunjukkan 10.45pm. Dah hampir nak masuk 12.00 tak lama lagi.

Dia tak sangka pula perjalanan dari KL ke Bukit Kelangsar akan mengambil masa 3 jam. Setahu dia, sepatutnya dia dah sampai ke Hotel Everglades 90 minit tadi. Salah jalan ke? Tapi ikutkan peta dan GPS, jalannya betul.

Isterinya sudahpun terlena awal tadi, berbaring di tempat duduk penumpang. Bunyi bising yang tadinya merancakkan suasana di dalam kereta itu telahpun senyap, apabila kedua anak kembarnya juga masing-masing terlelap.

Selama ni dia memang dah lama nak pergi bercuti ke Hotel Everglades yang terkenal di atas kecantikan dan keunikannya, tapi tak pernah berpeluang dek kesibukan bekerja. Apabila adanya peluang keemasan ini dan secara kebetulannya cuti sekolah, maka dia mengambil keputusan terus untuk bercuti di tempat yang diminatinya itu.

Pedal minyak ditekan sebaik mungkin manakala gear rendah digunakan apabila menaiki bukit itu. Jalan yang berbengkok itu sedikit sebanyak mengganggu rentak perjalanan. Celoteh deejay radio Fly Fm sedikit sebanyak menghiburkan hatinya yang sunyi kini.

POMMM...

Rentak tayar keretanya secara tiba-tiba menjadi terumbang ambing. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan di samping memasang lampu kecemasan.

Isterinya masih lagi terlena, tak terusik pun. Lampu jalan yang sedia ada tidaklah begitu terang, dikelilingi pula oleh pokok-pokok di samping bunyi serangga malam berkumandang.

Dia mengeluh panjang. Kurang percaya dengan nasibnya kini. Takkan le nak tunggu sampai esok pagi baru nak wat?....Cabar dirinya.

Dia lak tengah syok tidur...langsung tak sedar. Duh.... Sedikit marah perasaannya.

Pintu kereta dibuka lantas dia melangkah keluar perlahan-lahan. Udara di sekelilingnya sejuk, sangat sejuk. Nasib dia telah mengenakan baju sejuknya awal-awal lagi apabila dia melepasi tol dalam perjalanan naik ke bukit tadi.
Dilihatnya keadaan tayar kereta di bahagian hadapan. Tayar depan di sebelah kanan ada kebocoran dan terpaksa ditukarkan.

Memang nasibnya benar-benar malang, terpaksa menukar tayar pulak...

Pintu bonet belakang dibuka lalu diambilnya peralatan dan tayar spare. Di kala itu dia terdengar sesuatu. Sesuatu yang tidak ingin didengarinya.

Bunyi siulan ....nyanyian..atau .....

Naluri ingin tahu adakalanya menguasai dia lalu dia melangkah jauh sedikit dari keretanya itu. Bunyi tersebut secara tiba-tiba terus senyap saja, hilang camtu sahaja. Dia terkejut, bulu romanya meremang dan terasakan suasana makin sejuk.

Dia berpusing. Tergamam seketika, cemas dan keliru.

Mana kereta Alza-nya pergi? Isteri dan anak-anaknya. Terus ghaib begitu sahaja.. Dia menjerit, memanggil nama isterinya di samping meminta pertolongan.. Hampa, tiada siapa di sana untuk menolongnya.. Dia keseorangan..

Apabila dia berpusing ke belakang semula, kawasan sekelilingnya semua gelap. Gelap gelita sungguh.

Takda bayangan jalan, pokok, mahupun cuaca langit dan sinaran bulan.

Gelap, kosong.....

Yang ada hanyalah dia sahaja...

No comments: