Saturday, December 29, 2012

Lagenda Aqila - bab 2 teaser


sedutan Bab 2 Lagenda Aqila

"Siapakah kamu yang tidak diundang? " soal Tuan Elfion, keras nadanya.

Suasana yang mulanya meriah kini bertukar menjadi tegang. Kehadiran seseorang di dalam dewan itu dalam keadaan berjubah tanpa kelibat rupanya menjadi satu persoalan bagi semua.

Tuan Elfion kurang senang dengan apa yang dirasainya kini. Sejuk tapi bahang. Bahang ibarat perasaan amarah yang tidak tenteram yang semakin lama semakin mengganas. Bakal membaham mereka semua kalau tidak dikawal atau dibendung seawal mungkin.

Tangannya mengarah kepada beberapa pengawal yang berada di dalam dewan itu.
Masing-masing bergerak merapati lembaga itu, namun tidak semena-mena langkah mereka terhenti dengan sendirinya.

Kaku tanpa sebarang sebab, hinggalah menjadi api yang menjilat seluruh badan dengan sendirinya. Menjadi debu terus diiringi jeritan orang ramai di dalam dewan itu.

"Nyawa kau milik aku! " suara seorang wanita yang kasar dan nyaring bergema.

Thursday, December 27, 2012

Pening

Pening dirasakan sementara menanti kedatangan 2013. Banyak perkara yang perlu diselesaikan namun masih lagi tak berjalan...

Mudahan dalam masa yang singkat ni, akan aku selesaikan sebaik mungkin dengan segera..

Wednesday, December 26, 2012

My Untold Story - Part 1


Sinaran cahaya matahari di pagi hari itu menceriakan pemandangan di luar kelas 4 Merah. Mereka yang sedia ada masing-masing sibuk dengan pelbagai ragam yang menjadi suatu kebiasaan.

 Tampak seorang lelaki yang bercermin mata berserta dengan buku-buku yang dipegang di tangan kanannya melangkah masuk di pintu hadapan. Kemunculannya mengubah suasana bising tadi menjadi senyap ditemani oleh geseran kerusi yang ditolak tepi.

 "Bangun. Selamat Pagi Cikgu, " suara lelaki yang berada di barisan hadapan memecah kesunyian yang ada.

 Serentak dengan itu, kelas itu bergema dengan ucapan selamat pagi kepada lelaki yang bergelar guru itu.

 " Selamat pagi semua, " balas cikgu Rashid selaku guru kelas 4 merah.

 "Semua hadir pagi ni? " ditanya sambil mengamati bilangan orang yang hadir.

 "Luqman Daniel takda cikgu. Dah masuk 3 hari dah, " jawab lelaki tadi selaku ketua kelas 4 merah.

 Cikgu Rashid sekadar mengangguk kecil. 3 hari yang berturut-turut tanpa sebarang berita. Sakit ke, atau ada masalah lain?

 Dipandangnya meja belajar yang terletak di barisan ketiga dan bertentangan dengannya. Kosong dan tidak berpenghuni hari ini jua.

 Dikenalinya Luqman Daniel sebagai seorang pelajar yang pendiam tapi rajin. Gemar membaca apatah lagi menjadi ahli pustakawan. Semenjak dari bermulanya sesi persekolahan tahun ini, rekod kehadirannya cukup cemerland, 100%.

 Tapi disedarinya awal minggu ini, keceriaan yang sentiasa ada di wajahnya pudar tanpa sebab.

 "Ada sesiapa tahu tak kat mana rumahnya? "

 "Saya tahu, cikgu " jawab seorang lelaki yang bertubuh kecil dan berkulit hitam manis, duduknya di bahagian belakang sekali.

 "Ok. Nanti pergi ke rumah dia dan tanya kenapa dia tak datang sekolah." sambil meneliti buku-buku latihan yang sedia ada di mejanya.

 "Baik cikgu."

 "Mungkin sebab dia kot., " bisik Sharin yang duduk di sebelahnya. Sharin yang terkenal dengan sikap nakal yang suka mengusik dan mengenakan orang, mengacukan jari kanannya ke arah seorang gadis yang berbaju kurung. Gadis yang duduk semeja di hadapan Luqman.

 "Entahle, nanti petang aku cari dia tengok apa citer, " jawab Suhaizam. Lelaki yang dikira rapat juga dengan Luqman.

 Saja dilihatnya gadis itu, membisu sahaja tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

Angkasa

Angkasa, please baca and komen. Thanks

http://buku.karangkraf.com/ilham/karya-detail.aspx?idk=186&idc=1587

Lagenda Aqila

Baca dan komen ya

idk=311&idc=1519http://buku.karangkraf.com/ilham/karya-detail.aspx?idk=311&idc=1519

Hilangnya Aku

Boleh baca updated bab sampai bab 5 di link below

http://buku.karangkraf.com/ilham/karya-detail.aspx?idk=249&idc=1640


Tuesday, December 25, 2012

Steps forward to 2013

2013 is on the way within 7 more days to go.

My present plan apart of furthering my career in hotel line as a future HOD who knows when and where, were to being part time writer / novellist.

An interest that i have had since i was in secondary school, but nothing that concrete till recently.

A steps i`ve taken to write Angkasa- a science fiction story about space itself, and the domination of certain key people and organization alongside few mysteries to be revealed with a twist at the end of the story.

But still incomplete, at chapter 28 thus far. Refer http://angkasa-ech33.blogspot.com

Apart of that, Hilangnya Aku - a horror mystery story, Lagenda Aqila - a fantasy story like RPG cum LOTR and a compilation of what memories i had during mid school time... which would become a love story..

Well many thinks to plan still...




My Untold Story - Prolog

Hujan yang lebat membasahi permukaan tanah yang diselaputi simen. Tempat kebiasaan di mana berlangsungnya perhimpunan pagi setiap hari kecuali di hari sabtu dan ahad.

Waktu tengahari dengan cuaca yang cerah sebelum ini, menjadi gelap gelita dan ditemani oleh awan nimbus. Gelagat budak-budak yang berpakaian putih sibuk berlari mencari tempat lindungan. 

Yang tinggal hanyalah dia sahaja, termenung tanpa menghiraukan titisan air hujan. Air hujan yang menjadi penemannya kini, walaupun membasahkan baju dan seluarnya.

Fikirannya hanya tertumpu dengan apa yang dilihatnya tadi. Tak percaya pada mulanya, tapi dia terpaksa menelan jua kepahitan yang tak pernah disangkanya.

"I minta maaf. I suka berkawan dengan u, tapi tak lebih dari itu.. I tak suka berboyfriend " ayat yang diungkapkan kepadanya awal minggu ni.

Namun apa yang dilihatnya tadi jelas lain dari apa yang didengarinya. Perlakuan manis dan berdua-duaan bercampur gelak ketawa menggambarkan suasana yang berbeza.
Kasih yang ditagih daripadanya kini hanyalah suatu impian yang berkecai, hancur begitu sahaja.

Air matanya mengalir begitu sahaja tanpa dia sedari, bercampur dengan titisan hujan sedia ada...

Hilangnya Aku - Prolog


Prolog

Kereta Alza berwarna kelabu itu bergerak menaiki bukit itu dengan kelajuan sederhana. Jalan yang berbukit bukau dan dikelilingi oleh persekitaran hutan itu mengambil masa 30 minit sebelum sampainya destinati kereta itu.

Jam yang terpapar di dashboard kereta itu menunjukkan 10.45pm. Dah hampir nak masuk 12.00 tak lama lagi.

Dia tak sangka pula perjalanan dari KL ke Bukit Kelangsar akan mengambil masa 3 jam. Setahu dia, sepatutnya dia dah sampai ke Hotel Everglades 90 minit tadi. Salah jalan ke? Tapi ikutkan peta dan GPS, jalannya betul.

Isterinya sudahpun terlena awal tadi, berbaring di tempat duduk penumpang. Bunyi bising yang tadinya merancakkan suasana di dalam kereta itu telahpun senyap, apabila kedua anak kembarnya juga masing-masing terlelap.

Selama ni dia memang dah lama nak pergi bercuti ke Hotel Everglades yang terkenal di atas kecantikan dan keunikannya, tapi tak pernah berpeluang dek kesibukan bekerja. Apabila adanya peluang keemasan ini dan secara kebetulannya cuti sekolah, maka dia mengambil keputusan terus untuk bercuti di tempat yang diminatinya itu.

Pedal minyak ditekan sebaik mungkin manakala gear rendah digunakan apabila menaiki bukit itu. Jalan yang berbengkok itu sedikit sebanyak mengganggu rentak perjalanan. Celoteh deejay radio Fly Fm sedikit sebanyak menghiburkan hatinya yang sunyi kini.

POMMM...

Rentak tayar keretanya secara tiba-tiba menjadi terumbang ambing. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan di samping memasang lampu kecemasan.

Isterinya masih lagi terlena, tak terusik pun. Lampu jalan yang sedia ada tidaklah begitu terang, dikelilingi pula oleh pokok-pokok di samping bunyi serangga malam berkumandang.

Dia mengeluh panjang. Kurang percaya dengan nasibnya kini. Takkan le nak tunggu sampai esok pagi baru nak wat?....Cabar dirinya.

Dia lak tengah syok tidur...langsung tak sedar. Duh.... Sedikit marah perasaannya.

Pintu kereta dibuka lantas dia melangkah keluar perlahan-lahan. Udara di sekelilingnya sejuk, sangat sejuk. Nasib dia telah mengenakan baju sejuknya awal-awal lagi apabila dia melepasi tol dalam perjalanan naik ke bukit tadi.
Dilihatnya keadaan tayar kereta di bahagian hadapan. Tayar depan di sebelah kanan ada kebocoran dan terpaksa ditukarkan.

Memang nasibnya benar-benar malang, terpaksa menukar tayar pulak...

Pintu bonet belakang dibuka lalu diambilnya peralatan dan tayar spare. Di kala itu dia terdengar sesuatu. Sesuatu yang tidak ingin didengarinya.

Bunyi siulan ....nyanyian..atau .....

Naluri ingin tahu adakalanya menguasai dia lalu dia melangkah jauh sedikit dari keretanya itu. Bunyi tersebut secara tiba-tiba terus senyap saja, hilang camtu sahaja. Dia terkejut, bulu romanya meremang dan terasakan suasana makin sejuk.

Dia berpusing. Tergamam seketika, cemas dan keliru.

Mana kereta Alza-nya pergi? Isteri dan anak-anaknya. Terus ghaib begitu sahaja.. Dia menjerit, memanggil nama isterinya di samping meminta pertolongan.. Hampa, tiada siapa di sana untuk menolongnya.. Dia keseorangan..

Apabila dia berpusing ke belakang semula, kawasan sekelilingnya semua gelap. Gelap gelita sungguh.

Takda bayangan jalan, pokok, mahupun cuaca langit dan sinaran bulan.

Gelap, kosong.....

Yang ada hanyalah dia sahaja...