Sunday, February 25, 2007

luahan ....

Suara itu amat menarik perhatianku. Suara yang cukup sempurna pada pendengaranku. Ingin aku mengenali dirinya tapi mampukah aku? Tiba-tiba terasa perasaanku begitu tenteram mendengar suaranya. Suara yang seakan-akan macho dan penuh gaya. Adakah suara itu yang mampu membuat hatiku bergetar?

Setiap kali panggilanku angkat, suara itu pasti mengusikku. Siapakah pemiliknya? Adakah patut aku memulakan setiap perbualanku dengannya.

“Kak, Siapa yang sentiasa menjawab panggilan itu?” Aku bertanya kepada kakak senior yang sudah lama bekerja di situ. Ku gelarkan kakak ini sebagai Kak Nazimah. Dia berpaling padaku.

“Kenapa?” Dia bertanya sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di atas buku memo yang sentiasa tersedia di depannya.

“Takdelah, Cuma tertanya-tanya siapa mamat ni. Selalu mengusik saya. Cakapnya tak pernah nak serius. Ada saja usikkan dia pada saya”. Kak Nazimah hanya tersenyum.

“Itu mesti anakanda. Dia tu memang selalu mengusik orang terutamanya orang baru. Bujang lagi tu sebab akak tak pernah nampak dia berdua dengan perempuan lain.” Sempat pulak Kak Nazimah ni nak promosikan mamat tu. Hatiku berbisik.

“Anak akak ke?” Aku ingin mengetahui siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Kak Nazimah ni. Kak Nazimah tertawa besar mendengar pertanyaanku.

“Bukanlah anak akak. Tapi, akak menggelarkan dia anakanda sebab dia selalu memanggil akak mak bonda.” Aku hanya tediam sambil memandang kak Nazimah . Lantas ku teruskan kerjaku yang tertangguh.

Begitulah rutin harianku sebagai perkerja di sini. Menjawab panggilan masuk, menggambil mesej untuk bos. Nama saja kerja sebagi linen attendant tapi macam dah jadi kerani pulak kat sini.
Diam tak diam sudah lama aku bekerja di sini. Nama lelaki yang besuara macho tu pun aku dah kenal. Dah jadi kebiasaan kami akan bergurau setiap kali aku menjawab panggilan darinya. Suara itu sudah aku kenali. Tapi bagaimana dengan orangnya?

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Barulah ku tahu nama jejaka itu.. Seorang yang pemalu dan tidak banyak bercakap setiap[ kali berjumpa. Dari perbualan rakan-rakanku yang mengenalinya dia ni seorang yang suka bersendirian. Kerjanya suka bermain bola keranjang. Dan masa yang berlalu banyak mengenalkan aku dengan lelaki ini.

Dan tanpa aku duga lelaki ini ada menyimpan perasaan padaku. Buat pertama kali dalam hidup aku seorang lelaki berminat untuk mengenaliku. Benarkah aku manusia yang bertuah itu. Aku bukannya seorang perempuan yang boleh menarik hati lelaki seperti dia. Tapi kenapa lelaki itu berminat padaku. Apakah yang membuat dia tertarik untuk mengenali aku? Persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya.

Pada hari itu aku pergi ke tempat kerja seperti biasa dengan menaiki bas. Apa lagi kenderaan yang boleh ku naiki. Hanya bas yang menjadi pengantara antara aku dan tempat kerja. Dari jauh ku lihat seseornag yang familiar pada pandanganku sedang menaiki basikal. Lelaki itukah? Hatiku mula berdebar-debar. Alamak! Apa yang patut aku lakukan. Nak tegur ke tidak atau buat tak tahu saja?. Kedudukan kami semakin hampir dan tanpa di duga dia memanggil dan menahan aku dari meneruskan perjalanan.

“Siah, hari Jumaat nanti you free tak?” Dia bertanyaku dengan wajah yang kemerah-merahan. Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya. Diakah yang menegurku. Lelaki yang dikatakan pemalu dan tidak banyak bercakap ini mampu menegurku. Aku memandang tepat ke arah wajahnya. Mata kami bertentangan. Debaran hatiku semakin kuat lantas, kualihkan pandanganku arah yang lain.

“Kenapa?” aku bertanya tanpa menjawab pertanyaannya. Kulihat di mengerutkan mukanya. Aku tidak mampu memandang wajahnya kerana aku sendiri takut dan malu untuk bertentang mata dengannya.

“Kalau you free, I nak ajak you keluar. Boleh tak?” Pertanyaan yang berbaur harapan membuatkan aku tediam. Tak mampu nak menjawabnya. Tapi sampai bila aku harus berdiam diri?

“I tak tahu lagilah. I ingatkan nak balik kampung. Tak apalah, nanti you telefon I ok. Kita confirmkan semula.” Aku bermain tarik tali dengannya. Ego mesti ada beb! Biar dia rasakan. Selalunya dia selalu mempermainkan dan mengusik aku. Kali ini aku mesti kenakan dia. Hatiku berbisik jahat. Kulihat wajahnya seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku. Tanpa menunggu lama aku meneruskan perjalananku tanpa menoleh ke belakang.

Selang beberapa hari dia menelefonku. Dan tanpa banyak soal aku terus bersetuju. Maka terjadilah temujanji kami yang pertama. Pertemuanku yang pertama berlaku di KLCC. Tak sangka jadi juga aku keluar dengan mamat ni. Entah apa yang menarik padaku sampai dia tanpa segan silu mengajak aku keluar dengannya.

Banyak yang kami bincangkan dalam pertemuan pertama ini. Dia berkata dia meminati personalitiku, suaraku dan sebagainya yang berkaitan denganku. Tak sangka dalam diam ada juga insan yang bernama lelaki yang meminatiku.

Dari seorang rakan sekerja perhubungan kami bertukar menjadi kekasih. Kali pertama dia mengajak aku keluar atas desakan kawannya. Perhubungan kami berjalan dengan lancar. KLCC yang menjadi tempat kami melepaskan rindu. Di sinilah saatnya dia memegang tanganku. Pertama kali dalam hidupku seorang lelaki memgang dan mencium tanganku. Berjanji untuk menjagaku sehingga akhirnya. Berjanji tidak akan melepaskan tali yang tersimpul buat selamanya. Itulah janjinya padaku. Dan aku sangat berharap dia akan menunaikan janjinya. Tapi sampai bila? Itulah yang sering bermain di dalam fikiranku. Bagiku lelaki semuanya sama. Hanya mampu berjanji tapi pasti akan memungkirinya. Sebaik mana sekalipun selagi dia bergelar lelaki memang susah untuk dipercayai janjinya. Itulah yang sering aku fikirkan.

Aku tahu sampai saat nanti dia pasti akan berubah. Perubahan yang mungkin akan membawa kami ke alam percintaan yang kronik. Pergaduhan dan pertengkaran pasti akan mnjadi nadi dalam perhubungan kami. Tapi selama aku berkawan dengannya, dia terlalu menjaga hatiku. Sehingga aku tidak nampak di mana buruknya seorang lelaki yang bernama Addif. Adakah ini akan berkekalan. Adakah dia sanggup menahan segala kerenahku yang kadang-kala muncul tanpa di undang. Tapi dia sentiasa berjanji padaku. Janji yang aku tidak pasti samada akan dimungkiri atau tidak.

Sehingga hampir 2 tahun berkawan barulah kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan yang akan menentukan hala tuju perhubungan kami ini. Segala persiapan berjalan dengan lancar. Aku lihat dia terlalu menyayangiku. Apakah belum ada dugaan yang mendatang untuk menguji hati kami?

Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Perkahwinan yang cukup membahagiakan bagiku kerana percintaanku yang pertama berjalan seperti yang di rancangkan. Tak sangka jodohku dengannya. Dia seorang lelaki yang baik dan lembut padaku. Selalu memberi perangsang dan kata nasihat yang berguna. Dia menyayangiku sepenuh jiwa raga. Sehinggakan aku merasa cukup bahagia di atas layanannya.

Kehidupanku sebagai isteri berjalan lancar. Kehidupan kami cukup membahagiakan. Sehingga aku melahirkan anak yang pertama dia masih macam dulu. Sentiasa menyayangi aku, menyintai aku dan melayan aku seadanya. Aku rasakan cukup bahagia. Kehadiran cahaya mata ini mengeratkan lagi hubungan kami. Aku merasa amat bahagia. Tapi di dalam hatiku sentiasa berwaspada, bilakah dugaan akan melanda? Aku takut untuk menghadapi setiap perubahannya.

Selepas melahirkan anak kedua. Kami berpindah dan duduk dengan kakakku. Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar. Aku bahagia ada di sisinya. Tiada tanda-tanda dia akan berubah hati. Dan tanpa ku duga dia mula buat perangai.

Kalau boleh aku mahu melupakan tahun 2007 ini. Tahun yang memberi aku kenangan pahit yang sukar untuk aku lupakan. Pada tahun inilah dia membuat pengakuan yang dia pernah menyukai perempuan lain. Dan kenyataan yang terpaksa aku terima dia menyukai perempuan itu lebih dari seorang kawan. Inikah suami yang aku impikan. Aku di depan matanya tetapi hatinya berdenyut dengan nama wanita lain. Alasan yang diberikan adalah kerana hatinya sudah berubah dan kesilapan itu berpunca darinya. Inilah permasaalahan yang aku takuti selama ini. Di mana janji-janjinya untuk setia denganku.

Takku sangka lelaki yang ku anggap begitu setia dan menyayangi aku serta menyintaiku berpaling dariku. Inikah dugaan yang harus aku terima. Alasan kedua yang diberikan kepadaku adalah disebabkan dia suka dengan personaliti perempuan itu yang seakan-akan sama denganku. Bersuara lunak dan pandai mengambil hati. Rupanya ramai rakan sekerja yang tahu tentang perubahan suamiku. Malunya aku. Lelaki yang sebaik dia boleh berubah dengan sekelip mata. Nama gadis itu F. Betapa hancurnya hatiku mendengar pengakuannya. Di mana janji-janjinya untuk setia dengannku. Apakah dia sama dengan lelaki-lelaki yang diluar sana. Apakah cinta dan kasih sayangku masih tidak cukup untuknya? Mengapa aku diperlakukan sedemikian rupa. Sehingga sekarang dia masih menyayangi perempuan itu walaupun dia tahu perempuan itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

Aku tewas pada perempuan lain. Perempuan yang katanya di anggap sebagai kawan baikknya. Di mana kekuatan untuk aku terima semua ini. Aku isteri yang tertipu dengan perasaan suaminya. Isteri yang bodoh kerana menyerahkan seluruh jiwa raganya pada seorang suami yang tidak tahu erti setia. Terkadang aku berfikir. Di manakah kedudukan aku dalam hatinya. Adakah dengan kehadiran F yang sebentar cuma mampu memadamkan cintaku yang bertahun padanya. Adilkah untuk aku? Tak sangka…memang tidak di sangka suami yang begitu menyayangi aku boleh berpaling dengan sekelip mata.. Di mana cintanya yang selama ini diucapkan padaku. Adakah kedudukan aku berubah dalam sekelip mata. Begitu pentingkah perempuan itu padanya. Sehinggakan dia tidak sanggup memadamkan terus nama wanita itu dalam hatinya. Jadi adakah aku berkongsi kasih dengannya. Perkongsian yang cukup menyakitkan hati.

Aku tidak mampu menerima kenyataan ini. Kenyataan yang sukar untuk aku terima. Di manakah suami yang aku agung-agungkan selama ini di depan keluargaku. Dia tidak mengaku mencintai F tetapi gerak gaya dan tingkah lakunya menunjukkan sebaliknya. Dia seolah-olah masih tidak dapat menerima yang F akan berkahwin. Tak dapatkah dia rasakan yang aku begitu sedih dengan perbuatannya. Aku di depan matanya tetapi dia seolah-olah menganggap aku tak wujud. Dia masih lagi boleh berhubung dengan F. Penting sangatkah F padanya. Itulah jawapan aku yang perlukan darinya.

Dia berjanji padaku untuk tidak menghiraukan F. Tetapi janji itu hanya tinggal janji. Dia lebih sanggup menyakiti hatiku daripada F sendiri. Tidakkah perbuatannya menunjukkan yang aku tidak penting padanya. Dia biarkan aku menangis kerana perbuatannya. Dia biarkan aku berkata semahuku. Tapi apa yang aku dapat. Hanya jasadnya saja denganku tapi hatinya sudah diberikan pada F. Bagi dia F adalah segala-galanya. Jadi di mana kedudukan aku sebagai seorang isteri.

Hanya kerana F dia sanggup melihat aku menangis. Sampaikan satu tahap dia langsung tidak mahu memujuk aku lagi. Kini setiap kali aku menangis dia hanya melihat dan berlalu pergi. Tiada pujuk rayu dan pelukan darinya. Yang dia tahu hanya mengeluh dan menyalahkan aku. Akukah isteri yang tidak sempurna?.

Kini F akan berkahwin. Aku tahu dia terasa di atas perkahwinan F. Sampai hati dia sanggup bersedih di hadapanku hanya kerana perempuan itu akan berkahwin. Dia sanggup membohongi dirinya sendiri hanya kerana ingin menjaga perasaanku.

Kini setelah lebih 2 minggu peristiwa itu berlaku dia tetap macam tu. Katanya tidak boleh melupakan semua itu dalam sekelip mata. Tapi aku tahu yang sebenarnya dia tidak boleh melupakan F Wanita yang menggantikan aku di hatinya. Tidakkah itu di namakan cinta. Cinta yang membuatkan dia sukar untuk melupakan F yang bertakhta di hatinya. Malangnya F mahu berkahwin jika tidak pasti cerita ini akan menjadi happy ending bagi dirinya dan sad ending bagi diriku.

Tak tahu mana hala tujunya rumah tangga kami. Suamiku benar-benar sudah berubah. Terkadang ku lihat seolah-olah dia berada di awang-awangan. Dia selalu menghubungi F tanpa pengetahuanku. Walaupun hanya berborak biasa. Tidakkah dia tefikir aku sakit hati dengan tindakannya. Dia seolah-olah tidak menghiraukan perasaanku. Yang penting dia bahagia. Itulah agaknya kehendak dia. Aku sudah tiada kepentingan dalam hidupnya.

Sampai satu tahap aku meminta perhubungan kami di putuskan. Tapi dia tidak mahu melepaskan aku. Apa guna aku di sisinya sedangkan hatinya sudah terisi dengan perempuan lain. Kadan-kala emosiku sering terganggu. Terganggu denga riak wajahnya yang seakan tidak boleh menerima hakikat perempuan yang disukai itu berkahwin dengan lelaki lain. Tidakkah dia melihat penderitaan yang aku tanggung terhadap reaksinya. Apakah dia hanya membutakan mata dan memekakkan telinga dengan setiap perkara yang kami bincangkan.

Nama itu sudah menjadi nadi dalam denyutan jantungnya. Tapi aku isterinya hanya menjadi penghalang dalam perhubungan mereka. Yangku tahu dia sentiasa menyalahkan dirinya di atas apa yang terjadi. Dia ingin bersendirian. Menjauhkan diri dariku. Tidak ingin melihat wajahku. Kerana aku akan menjadi bebanan untuknya selagi aku berada di depan matanya.

Monday, February 5, 2007

my old friend...

after viewing my old diary yesterday, i remembered one of my best friend whom passed away 10++ yrs ago. his name is Allahyarham Suhaizam Nordin, and he died due to bone cancer. i`ve known him for almost 4yrs+, a kind guy wz strong ambition. unfortunately, god loves him most. i couldn`t face the fact,.. and could only kept it inside my heart.

also reminded me of Allahyarham Mejar Yusri, another friend whom i befriended at my working area. he passed away while on duty, duty to chest pain - heart attack....
that time, i already having a relationship wz my wife... not yet married.

that`s some memories.... memories of my Grandpa passed away when i was still on primary school, my Grandma when i`m working at my present work area...

how sad, to remember all this.

Sunday, February 4, 2007

my old diary

i looked back through my old diary, which is around 10-12 yrs ago. lots of things happened within the secondary school and after period, for once i was PBSM member as well as basketball player.

i only have 2 step-sister, one is MASMAYDAH and another one is RUSMAHAINIZA. now i don`t know where there are, or how are they nowadays. the last thing that i know was i`ve seen MAS buying KFC from the KFC AMPANG (which was around 1995 still available) and RUSMA joining police cadet. wonder whether she has become a full fledged polic officer..


Saturday, January 20, 2007

my story

Aku berpaling ke arah dia. Tertanya-tanya adakah ini dipanggil takdir? Takdir yang menentukan ataupun kita sendiri yang menentukan, perjalanan arah dalam kehidupan kita dari lahir hingga mati.
Dia termenung seketika, wajahnya menampakkan kesedihan. Kesedihan yang sementara mahupun lama, hanya dia saja yang tahu.
Apa yang berlaku dalam tempoh yang terdekat ini sememangnya mencabar, adakalanya terfikir apa yang akan kita lakukan dalam keadaan sebegini.

bersambung.