Showing posts with label untold story.. Show all posts
Showing posts with label untold story.. Show all posts
Wednesday, December 26, 2012
My Untold Story - Part 1
Sinaran cahaya matahari di pagi hari itu menceriakan pemandangan di luar kelas 4 Merah. Mereka yang sedia ada masing-masing sibuk dengan pelbagai ragam yang menjadi suatu kebiasaan.
Tampak seorang lelaki yang bercermin mata berserta dengan buku-buku yang dipegang di tangan kanannya melangkah masuk di pintu hadapan. Kemunculannya mengubah suasana bising tadi menjadi senyap ditemani oleh geseran kerusi yang ditolak tepi.
"Bangun. Selamat Pagi Cikgu, " suara lelaki yang berada di barisan hadapan memecah kesunyian yang ada.
Serentak dengan itu, kelas itu bergema dengan ucapan selamat pagi kepada lelaki yang bergelar guru itu.
" Selamat pagi semua, " balas cikgu Rashid selaku guru kelas 4 merah.
"Semua hadir pagi ni? " ditanya sambil mengamati bilangan orang yang hadir.
"Luqman Daniel takda cikgu. Dah masuk 3 hari dah, " jawab lelaki tadi selaku ketua kelas 4 merah.
Cikgu Rashid sekadar mengangguk kecil. 3 hari yang berturut-turut tanpa sebarang berita. Sakit ke, atau ada masalah lain?
Dipandangnya meja belajar yang terletak di barisan ketiga dan bertentangan dengannya. Kosong dan tidak berpenghuni hari ini jua.
Dikenalinya Luqman Daniel sebagai seorang pelajar yang pendiam tapi rajin. Gemar membaca apatah lagi menjadi ahli pustakawan. Semenjak dari bermulanya sesi persekolahan tahun ini, rekod kehadirannya cukup cemerland, 100%.
Tapi disedarinya awal minggu ini, keceriaan yang sentiasa ada di wajahnya pudar tanpa sebab.
"Ada sesiapa tahu tak kat mana rumahnya? "
"Saya tahu, cikgu " jawab seorang lelaki yang bertubuh kecil dan berkulit hitam manis, duduknya di bahagian belakang sekali.
"Ok. Nanti pergi ke rumah dia dan tanya kenapa dia tak datang sekolah." sambil meneliti buku-buku latihan yang sedia ada di mejanya.
"Baik cikgu."
"Mungkin sebab dia kot., " bisik Sharin yang duduk di sebelahnya. Sharin yang terkenal dengan sikap nakal yang suka mengusik dan mengenakan orang, mengacukan jari kanannya ke arah seorang gadis yang berbaju kurung. Gadis yang duduk semeja di hadapan Luqman.
"Entahle, nanti petang aku cari dia tengok apa citer, " jawab Suhaizam. Lelaki yang dikira rapat juga dengan Luqman.
Saja dilihatnya gadis itu, membisu sahaja tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
Tuesday, December 25, 2012
My Untold Story - Prolog
Hujan yang lebat membasahi permukaan tanah yang diselaputi simen. Tempat kebiasaan di mana berlangsungnya perhimpunan pagi setiap hari kecuali di hari sabtu dan ahad.
Waktu tengahari dengan cuaca yang cerah sebelum ini, menjadi gelap gelita dan ditemani oleh awan nimbus. Gelagat budak-budak yang berpakaian putih sibuk berlari mencari tempat lindungan.
Yang tinggal hanyalah dia sahaja, termenung tanpa menghiraukan titisan air hujan. Air hujan yang menjadi penemannya kini, walaupun membasahkan baju dan seluarnya.
Fikirannya hanya tertumpu dengan apa yang dilihatnya tadi. Tak percaya pada mulanya, tapi dia terpaksa menelan jua kepahitan yang tak pernah disangkanya.
"I minta maaf. I suka berkawan dengan u, tapi tak lebih dari itu.. I tak suka berboyfriend " ayat yang diungkapkan kepadanya awal minggu ni.
Namun apa yang dilihatnya tadi jelas lain dari apa yang didengarinya. Perlakuan manis dan berdua-duaan bercampur gelak ketawa menggambarkan suasana yang berbeza.
Kasih yang ditagih daripadanya kini hanyalah suatu impian yang berkecai, hancur begitu sahaja.
Air matanya mengalir begitu sahaja tanpa dia sedari, bercampur dengan titisan hujan sedia ada...

Subscribe to:
Posts (Atom)