Saturday, March 11, 2017

QTT Trend Wave Study

QTT Trend Wave mengabungkan Elliot wave dan Dow Theory di mana ianya mendefinasikan 3 trend market dan membahagikan trend primary kepada 3 fasa.

3 fasa ini mengandungi trend wave 1, 2 dan 3 . Ianya hampir sama dengan impulse wave kitaran 1,3,5 yang terdapat dalam EW. Bagaimanapun QTT Trend Wave cycle mempunyai kitaran angka yang berbeza kerana dalam EW wave pembetulan (CW) 2 dan 4 hanya diberikan nama Correction dan bukannya 2 dan 4. 

Reversal Trigger Wave 1 (RTW1)
- menandakan permulaan kitaran trend baru.
- ianya dipanggil sedemikian kerana selalunya terjadi sebagai percubaan untuk reverse trend terdahulu.
- trend wave ini boleh terjadi bukan sahaja sebagai pattern trend correction, tetapi boleh juga sebagai permulaan fasa completion trend reversal, lebih-lebih lagi jika ianya diikuti dengan Progressive Wave 2 (PW2)

Progresif Wave 2 (PW2)
- trend wave yang memanjangkan trend ke arah depan lagi. 

Conclusive Wave 3 (CW3)
- dijangka untuk memberikan tanda fasa terakhir di dalam kitaran trend.
- - CW3 ini lebih pendek dari segi jarak berbanding trend wave lain dan pergerakan harga mungkin terbatas.


Di dalam kitaran trend bullish, setiap trend wave baru akan menghasilkan higher high daripada high trend terdahulu dan low setiap correction akan berada di atas daripada low trend terdahulu.

Di dalam kitaran trend bearish, setiap trend wave baru akan menghasilkan lower low daripada low trend terdahulu dan high setiap correction akan berada rendah daripada high trend terdahulu.


No comments: